Sharing precious moments in life!
Blog Owner : Ayah Cik Losong
We are supposed to enjoy sharing our precious things in life with others. Knowledge and experience in life are the two precious things that will keep increasing in their quantity and quality the more you share it with others.

17
May 2008 Saturday @ 7:18:22 pm
Universiti yang lain dari yang lain

Hari ini kami mula belajar di Universiti Iman (Jaamiatul Iman) di tahap 3 Jabatan Bahasa. Mula membeli buku dari pihak Universiti. Pelajaran kami ialah:

1. Pelajaran dari Alquran
2. Hadith
3. Feqah
4. Tauhid
5. AlQiraat
6. Attadbir
7. Alkitaabah
8. Al Adab
9. Nahu
10. Sorof
11. Khat

Pelajar-pelajar  di dalam kelas kami terdiri dari mereka yang datang dari pelbagai negara. Antaranya ialah dari:

1. Indonesia
2. Pakistan
3. Perancis
4. German
5. Montenegro
6. Albania
7. Cina
8. Mondova
9. Somalia dan negara-negara afrika yang lain
dan pelbagai lagi yang saya tak kenal sepenuhnya.

Pelajar-pelajar lelaki di sini tinggal di asrama. Belajar di Universiti ini termasuk tempat tinggal dan makan-minum adalah percuma. Ini adalah sesuatu yang sangat pelik bagi diri saya.
 


16
May 2008 Friday @ 7:09:04 pm
Pembelajaran diteruskan

Saya dan dua anak lelaki telah selesai belajar bahasa Arab di Center of Arabic Language and Eastern Studies University Science and Technology Yemen pada 14hb Mei. Kami telah belajar mulai daripada 30 Disember 2007. Sekarang selesai pada Tahap 6.

Hari ni kami bertiga dan dua anak perempuan telah mendaftar di Universiti Iman (Jaamiatul Iman) Yemen untuk belajar di dalam Qismul Lughah (Jabatan Bahasa). Saya dan dua anak lelaki telah diletakkan di dalam tahap 3 (kesemua ada 4 tahap)


My Profile
Name: Ayah Cik Losong
E-Mail: ayahcik@losong.com